Peraturan Bermain


Permainan ini mempunyai beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Semasa mengambil batu, pemain tidak boleh menyentuh batu lain yang ada di lantai. Sekiranya pemain itu tersentuh batu lain yang ada di lantai. Sekiranya pemain itu tersentuh batu-batu lain, permainannya dikiranya 'mati'. Permainan juga dikira 'mati' sekiranya pemain tidak dapat menyambut batu yang dilambung ataupun tidak dapat mengambil jumlah batu yang ditetapkan pada sesuatu peringkat. Apabila permainan 'mati', pemain kedua pula akan mengambil alih sehingga permainannya juga 'mati'. Dia kemudian diganti pula oleh pemain pertama yang permainannya telah 'mati' lebih awal. Dia akan meneruskan permainan di peringkat dia berhenti bermain. Dia tidak perlu mengulangi permainan dari peringkat awal.


Setelah semua peringkat diselesaikan, pemain akan mengira mata. Cara mendapatkan mata adalah sama dengan cara untuk menentukan pemula dalam permainan ini. Pemain mencatatkan jumlah mata yang diperolehi dan bermain semula mulai dari peringkat pertama. Pemain yang dapat mengumpulkan paling banyak mata di akhir permainan dikira menang.

No comments:

Post a Comment